Isnin, 16 Mac 2015

Kek Pisang Lembut

Resepi kek pisang lembut

Bahan-bahan :
  1. 4 biji telur gred A
  2. 8 biji pisang emas ~ 7 biji dilecek dan sebiji di hiris nipis untuk hiasan
  3. 1 cawan gula kastor atau gula halus
  4. 2 cawan tepung gandum
  5. 3/4 cawan buttercairkan atau minyak jagung
  6. 1 sudu teh baking powder
  7. 1 sudu teh soda bikarbonat
  8. 1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
  9. sedikit garam
Cara Penyediaan :

1. Mula-mula kita kena panaskan oven dahulu pada suhu 170C
2. Oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum memasukkan kek ke dalamnya
3. Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan kemudian di ayak, ketepikan
    Pisang di lecek lumat. Tinggal baki 1 biji untuk hiasan
4. Campurkan garam dan juga soda dalam pisang lecek dan gaul rata, ketepikan
5. Dalam bekas pemutar, putarkan telur bersama gula dan esen pisang hingga kembang
    Kemudian tuangkan butter cair dan gaul rata
6. Tuangkan adunan pisang ke dalam adunan telur dan kaup balik rata
7. Kemudian masukkan tepung dan kaup balik adunan sempurna
8. Sediakan loyang ukuran 9 inc, alas loyang dengan kertas pembakar dan sapukan loyang dengan sedikit  butter
9. Tuangkan adunan ke dalam loyang
10. Hiaskan atas adunan dengan kepingan pisang yang di hiris nipis
11. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
      Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak.
12. Jika lidi keluar kering maknya kek telah   cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.

Selamat Mencuba
*Sumber resepi hasil google dari blogger masakan
*Terima kasih ^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan