- 70 g tepung gandum (diayak)
- 1 sudu besar susu tepung
- 3 biji telur A
- 60 g gula kastor
- 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 2 sudu kecil ovalette
- Pewarna kesukaan
* Terima kasih empunya resepi ^_^
* Maaf saya lupa pemiliknya
cara-cara :
- Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
- Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
- Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
- Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnaka.
- Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian,corakkan warna atau corakkan warna/corak kegemaran.
- Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
- Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
- Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
- Gulung kek dengan kemas.
- Bolehlah dipotong dan dihidangkan.
:Tip menggulung kek
- Kek jangan terlalu tebal. Jika terlalu tebal, nanti susah hendak menggulungnya dan berkemungkinan kek akan pecah. Sebaik-baiknya biarlah setebal 1 1/2 cm atau 2 cm shj.
- Gulung dengan perlahan. Jangan tergesa-gesa. Nanti jadi tak kemas.
- Gulung menggunakan baking paper atau tuala bersih. Jangan sekali-kali menggunakan tangan. Nanti kulit kek akan melekat di tangan atau kulit kek mengecut.
- Jangan bakar kek terlalu lama. Suhu bergantung kpd kepanasan oven masing-masing. Jika kek terlalu garing dan kering, berkemungkinan kulitnya mengelupas dan pecah-pecah.
- Pastikan kulit kek masak keperangan. Jika tidak, kulitnya pun akan mudah tertanggal atau melekat pada kertas baking.
- Kek gulung sepatutnya lembut, gebu dan mudah digulung.
- Kek boleh digulung samada masih panas mahupun sejuk. Terpulang pada citarasa. Jangan terlampau lama dibiarkan sejuk. Nanti kek akan jadi kering dan susah pula nak menggulungnya.
- Untuk sapuan/filling. Boleh gunakan krim aising/buttercream atau jem. Sekiranya menggunakan jem, sila cairkan dulu jem tersebut supaya mudah untuk meratakannya pada kek.
- Jem boleh disapu ketika kek masih panas. Tetapi jika menggunakan buttercream, sila tunggu kek sejuk terlebih dahulu.