Rabu, 18 Mac 2015

Kek oren

Resepi blended orange cake tanpa mixer

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
  • 1 biji buah limau
  • 1 cawan minyak
  • 2 cawan gula halus
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama ) 
cara-cara :

  1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  2. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.
Selamat Mencuba
Sumber Resepi : Blogger / Google Internet
Terima Kasih empunya resepi ^_^
Maaf lupa nama pemilik.

Selasa, 17 Mac 2015

Resepi Kek Gulung

Bahan-Bahan :
  • 70 g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 3 biji telur A
  • 60 g gula kastor
  • 60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu kecil ovalette
  • Pewarna kesukaan
* Sumber resepi : Blogger Masakan
* Terima kasih empunya resepi ^_^
* Maaf saya lupa pemiliknya

cara-cara :
  1. Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega. 
  2. Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu. 
  3. Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula. 
  4. Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnaka.
  5. Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian,corakkan warna atau corakkan warna/corak kegemaran.
  6. Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
  7.  Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar. 
  8. Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri. 
  9. Gulung kek dengan kemas. 
  10. Bolehlah dipotong dan dihidangkan. 




:Tip menggulung kek
  • Kek jangan terlalu tebal. Jika terlalu tebal, nanti susah hendak menggulungnya dan berkemungkinan kek akan pecah. Sebaik-baiknya biarlah setebal 1 1/2 cm atau 2 cm shj.
  • Gulung dengan perlahan. Jangan tergesa-gesa. Nanti jadi tak kemas.
  • Gulung menggunakan baking paper atau tuala bersih. Jangan sekali-kali menggunakan tangan. Nanti kulit kek akan melekat di tangan atau kulit kek mengecut.
  • Jangan bakar kek terlalu lama. Suhu bergantung kpd kepanasan oven masing-masing. Jika kek terlalu garing dan kering, berkemungkinan kulitnya mengelupas dan pecah-pecah.
  • Pastikan kulit kek masak keperangan. Jika tidak, kulitnya pun akan mudah tertanggal atau melekat pada kertas baking. 
  • Kek gulung sepatutnya lembut, gebu dan mudah digulung.
  • Kek boleh digulung samada masih panas mahupun sejuk. Terpulang pada citarasa. Jangan terlampau lama dibiarkan sejuk. Nanti kek akan jadi kering dan susah pula nak menggulungnya.
  • Untuk sapuan/filling. Boleh gunakan krim aising/buttercream atau jem. Sekiranya menggunakan jem, sila cairkan dulu jem tersebut supaya mudah untuk meratakannya pada kek.
  • Jem boleh disapu ketika kek masih panas. Tetapi jika menggunakan buttercream, sila tunggu kek sejuk terlebih dahulu.
 Selamat Mencuba ^_^

Resepi butter cheesecake


Kek Mentega Keju 
  • 170 gm mentega 
  • 125 gm krim keju 
  • 250 gm gula kastor 
  • 5 biji kuning telur 
  • 210 gm tepung serbaguna } -guna tpng gandum pun boleh
  • 1½ camca teh serbuk penaik } diayak 
  • 2 camca teh vanila 
  • 5 biji putih telur 
  • 1/8 camca teh garam 
Cara membuat 
  1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya. 
  2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis. 
  3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati. 
  4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila. Ketepikan dulu.
  5. Dalam mangkuk bersih yg lain, pukul putih telur hingga berbuih. 
  6. Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi. 
  7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis. Kaedah kaup balik.
  8. Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan di sapu mentega.. 
  9. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak.
  10.  Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dariloyang.
Sumber resepi : Blogger masakan
Maaf saya lupa pemilik resepi apapun terima kasih kerana kongsi resepi kek ini ^_^

Resepi kek pecan kek

HAZELNUT SPONGE CAKE

275 gm tepung
1 sudu teh baking powder
1/2 teaspoon baking soda
secubit garam

Semua bahan di atas di satukan kemudian di ayak

150 gm mentega tanpa garam ~ dilembutkan
220 gm gula perang
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar hazelnut paste
2/3 cawan (115 gm) buttermilk ~ suhu bilik

Sediakan loyang berukuran 8 inc
Sapukan loyang dengan sedikit butter dan lapik dasar loyang dengan baking paper
Panaskan oven pada suhu 170C

Dalam bekas mixer, pukul butter dan gula perang dengan kelajuan sederhana hingga berkrim.
Masukkan telur sebijik demi sebijik dan terus putar hingga gebu
Tambahkan esen vanila dan paste hazelnut dan terus putar hingga bergaul sebati

Perlahankan kelajuan mixer dan masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung ~ tepung - buttermilk - tepung - buttermilk - tepung
Boleh juga gunakan kaedah kaup balik semasa memasukkan tepung dan buttermilk
Bila adunan telah sebati, tuangkan ke dalam loyang

Bakar kek dalam oven pada suhu 170 C selama 1 jam atau sehingga adunan masak dengan sempurna.
Untuk mengetahui adunan telah masak atau tidak, cucuk di tengah kek dengan lidi yang bersih, jika lidi keluar licin, bermakna kek telah di masak dengan sempurna.

Bila kek telah masak, biarkan ia sejuk sepenuhnya sebelum di potong.
Bila kek telah sejuk, potong kek kepada 3 kepingan.
Ketepikan.

KACANG KARAMEL

1 cawan kacang Pecan
1/2 cawan kacang Hazelnut
80 gm gula perang
2 sudu besar madu

Kedua-dua kacang di panggang terlebih dahulu di dalam oven pada suhu 170 selama 15 minit.
Masukkan gula perang ke dalam periuk
Cairkan gula hingga ia keperangan di atas dapur dengan api yang sederhana
Jangan sampai gula hangus
Masukkan madu dan kacau hingga ia mencair dan licin
Kemudian masukkan kacang yang telah di panggang tadi.
Gaul rata dengan segera
Kemudian tuangkan di atas loyang yang beralaskan baking paper
Biarkan ia sejuk dan mengeras.
Bila kacang telah sejuk dan keras, cincang sedikit.
Ketepikan.

CREAM CHEESE BUTTERSCOTCH FROSTING

340 gm mentega tanpa garam
1 1/2 cawan gula perang
1 cawan  whipping cream / heavy cream / thick cream
1/2 sudu kecil garam
580 gm cream cheese ~ dilembutkan
1/2 cawan gula icing ~ di ayak
1 sudu teh esen vanilla

Mula-mula kita sediakan butterscotch terlebih dahulu
Ambil 1/3 daripada mentega dan masukkan ke dalam periuk kecil
Panaskan atas dapur dengan api yang sederhana hingga butter mencair
Kemudian masukkan gula perang
Masak hingga gula melarut
Selepas itu masukkan garam dan whipping cream / heavy cream / thick cream
Kacau hingga ia licin dan berkilat
Matikan api dan biarkan butterscotch sejuk sepenuhnya.

Bila butterscotch telah sejuk, barulah kita mulakan proses membuat Cream Cheese Butterscotch Frosting.
Dalam bekas mixer pukul cream cheese dan gula dengan speed sederhana hingga ia lembut dan berkrim
Tambahkan butter yang selebihnya tadi ( butter mesti lembut) dan terus pukul hingga ia rata dan berkrim.
Kemudian masukkan butterscotch yang telah sejuk tadi bersama sedikit esen vanilla.
Terus putar hingga adunan lembut, licin dan berkrim.

Masukkan Cream Cheese Butterscotch Frosting ke dalam piping bag, ini bertujuan untuk memudahkan kita meratakan cream atas kek kita nanti.
Jika cream agak lembik simpan sekejap dalam peti ais anggaran 15 minit

Untuk resepi Butterscotch, terpulang samaada nak di gandakan jumlah resepi butterscoth di atas atau buat resepi lain.
Sebenarnya kandungannya lebih kurang sama, cuma ada penambahan corn syrup. Jika tak de corn syrup tak payah letak pun tak apa atau boleh letakkan sedikit coklat putih. Tujuannya adalah untuk memekatkan sedikit butterscotch sourse kita tadi.

Jika rasa malas nak buat boleh beli yang dah siap jual di kedai jual bahan kek. Tapi pada ita yang buat sendiri lebih sedap! cuma kena jaga masa cairkan gula jangan sampai hangus, kerana kalau hangus ia akan pahit.

 BUTTERSCOTCH SAUSE

2/3 cawan gula perang
6 sudu besar mentega ~ potong kecil
1/2 cawan corn syrup
secubit garam
1/2 cawan heavy cream / thick cream / whipping cream


Masukkan gula perang, mentega, corn syrup dan garam ke dalam periuk dan masak atas api yang sederhana sehingga gula melarut.
tambahkan thick cream / whipping cream / heavy cream
masak hingga pekat
Sejukkan

Ambil sekeping daripada kek yang telah kita potong tadi.
Letakkan atas lapik kek
Kemudian letakkan Butterscotch Sourse

Ratakan pada keseluruhan permukaan kek kita tu tadi.
 
Kemudian ambil, Kacang Karamel yang telah kita cincang-cincang tadi.
Taburkan atas permukaan kek kita itu.
Jangan letak banyak sangat tau, nanti susah nak potong kek pulak!
Letak sekadar rata sahaja.
 
Selepas tu, dengan menggunakan piping bag yang kita telah isikan Cream Cheese Butterscotch Frosting tadi dan mulalah lingkarkan atas kek kita.
Ratakan
 
Ambil sekeping lagi kek, lapisan kek yang ke 2
Sapukan dengan butterscotch source
Kemudian telangkupkan atas krim tadi.
Ini bermakna, lapisan kek yang kedua diletakkan butterscotch pada kedua-dua belah.

Contoh lain :
Mula kita letak kek ~ butterscotch source ~ kacang karamel ~ Cream Cheese Butterscotch Frosting ~  butterscotch sourse (sapu pada kek ke 2) ~ kek ~ butterscotch sourse ~ kacang karamel ~ Cream Cheese Butterscotch Frosting ~ Butterscotch sourse ( sapu pada kek ke 3) 

Akhir sekali kita salutkan atau lempakan kek kita tadi dengan lebihan Cream Cheese Butterscotch Frosting.
Simpan dalam peti ais hingga cream cheese mengeras
Kemudian bolehlah deco cake mengikut kreativiti masing-masing.
 
Hiaslah kek dengan kacang karamel yang telah di cincang.
Tuangkan juga Butterscotch Sourse
* Jika Butterscotch Sourse agak cair, panaskan semula dan tambahkan sedikit coklat masakan putih untuk memekatkannya.
Tunggu ia benar-benar sejuk baru tuang atas kek.
 
Selamat Mencuba
Rujukan : Blogger Masakan *Terima kasih empunya resepi
Jika ada masa saya akan cuba buat kek ini ^_^
 


Roti yang telah siap..

Tadaaa..inilah hasil dari doh tadi..
Dalam label *Roti in making ^_^

Tips dari saya supaya doh masak sekata adalah, gunakan api sederhana panas
untuk mendapatkan permukaan roti berkilat adalah sapu dengan marjerin atau madu selepas roti masak yang baru dikeluarkan dari oven.

Semoga membantu ^_^
















 Roti cicah kari ayam ^_^

Okaylah bye semua ^^


Roti yg sudah naik 2 x ganda..

Setelah roti telah naik 2 x ganda, disini kita tahu yeast kita *hidup dengan baik hihi..
Selepas ambil pic tadi sempat lg edit sekejap, sementara tunggu roti masak dalam oven hihi..



























Nampak kah perbezaan roti sebelum dan selepas roti naik 2 x ganda? nampak kan sebelum ini doh memang bulat tapi belum berapa naik/kembang, kini doh atau roti sudah besar sedikit dari sebelum ini

Itulah maksudnya roti telah naik ^_^

Sedang tunggu roti naik sebelum dibakar..

Sementara tunggu roti naik, sempat lagi log in blog, maklumlah ada masa mau update blog, budak2 menonton tv, line internet pun line clear hihi..sempat lagi snap pic dan edit sikit2..

Salah satu hobi saya ambil gambar sebelum, semasa dan selepas siap tak kira, kek,biskut dan roti hihi..

Ini pic doh yang baru saya bulat2kan tapi belum naik lagi..

( Sedang menunggu roti naik di dapur- selepas sudah naik atau sebelum masukkan doh dalam oven saya akan ambil pic okay hihi.. )





Isnin, 16 Mac 2015

Kek Pisang Lembut

Resepi kek pisang lembut

Bahan-bahan :
  1. 4 biji telur gred A
  2. 8 biji pisang emas ~ 7 biji dilecek dan sebiji di hiris nipis untuk hiasan
  3. 1 cawan gula kastor atau gula halus
  4. 2 cawan tepung gandum
  5. 3/4 cawan buttercairkan atau minyak jagung
  6. 1 sudu teh baking powder
  7. 1 sudu teh soda bikarbonat
  8. 1 sudu teh esen pisang atau esen vanilla
  9. sedikit garam
Cara Penyediaan :

1. Mula-mula kita kena panaskan oven dahulu pada suhu 170C
2. Oven hendaklah di panaskan 15 minit sebelum memasukkan kek ke dalamnya
3. Campurkan tepung gandum bersama baking powder dan kemudian di ayak, ketepikan
    Pisang di lecek lumat. Tinggal baki 1 biji untuk hiasan
4. Campurkan garam dan juga soda dalam pisang lecek dan gaul rata, ketepikan
5. Dalam bekas pemutar, putarkan telur bersama gula dan esen pisang hingga kembang
    Kemudian tuangkan butter cair dan gaul rata
6. Tuangkan adunan pisang ke dalam adunan telur dan kaup balik rata
7. Kemudian masukkan tepung dan kaup balik adunan sempurna
8. Sediakan loyang ukuran 9 inc, alas loyang dengan kertas pembakar dan sapukan loyang dengan sedikit  butter
9. Tuangkan adunan ke dalam loyang
10. Hiaskan atas adunan dengan kepingan pisang yang di hiris nipis
11. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 45 minit atau sehingga kek telah masak dengan sempurna.
      Cucuk tengah kek dengan lidi untuk pastikan kek telah masak.
12. Jika lidi keluar kering maknya kek telah   cukup masak, jika sebaliknya tambahkan lagi masa membakar.

Selamat Mencuba
*Sumber resepi hasil google dari blogger masakan
*Terima kasih ^_^

Resepi kek rusian black and white cake

Sumber resepi adalah hasil google dr blogger masakan
Saya akan cuba buat pada masa akan datang
Kumpul resepi kek dulu ^_^
Terima kasih penyumbang dan empunya resepi

Kepada pembaca yang ingin mencuba membuat kek ini, silalah cuba, buat masa ini saya belum pernah buat jadi saya masih belum dapat menjawab segala pertanyaan anda, saya sarankan agar anda mengikuti setiap bahan dan cara dengan betul, saya percaya kek anda pasti menjadi ^_^
Selamat Mencuba ya..

Kek Coklat Lembab


Bahan A
300 gm tepung gandum
100 gm serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
Satukan semua bahan
Kemudian ayak
Ketepikan

 Bahan B
3 biji telur A saiz
400 gm gula kastor
1 sudu teh esen vanilla

Bahan C
250 ml susu cair
250 ml minyak jagung

Untuk mendapatkan kek yang lebih moist dan lebih lembut, bolehlah tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis.


Bahan D
250 ml air panas

Satukan semua bahan B
Pukul hingga putih
Masukkan minyak dan susu cair, jika nak lebih moist boleh tambahkan 2 sudu besar susu pekat manis
Pukul hingga sebati
Masukkan bahan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit dan kaup balik adunan dengan spatula.
Tambahkan air panas dan gaul rata
Tuang adunan dalam loyang bulat atau empat persegi ukuran 8 inc yang telah di gris dan di lapik dasar loyang dengan kertas minyak

Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C
Masa pembakaran 1 jam sehingga 1 jam 1/2 bergantung kepada kepanasan ketuhar.
Untuk memastikan kek telah dibakar sempurna, cucuk tengah kek secara sendeng dengan lidi bersih.
Bila lidi keluar licin, ini bermakna kek telah di bakar sempurna.
Jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
Sejukkan kek atas redai setelah masak

Krim Keju Moca

Bahan A
12 gm halal gelatin
60 gm air

Bahan B
400 gm krim keju
2 sudu teh Nescafe segera ~ boleh juga letakkan pes Moca
60 gm gula icing

Bahan C
300 gm Krim Putar bukan tenusu


Mula-mula kita cairkan gelatin dahulu.
Satukan gelatin dalam air
Kemudian cairkan secara kukusan


Satukan bahan B
Pukul hingga lembut
Campurkan gelatin dan pukul hingga licin
Dalam bekas lain, pukul krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim putar dalam krim keju hingga bergaul sempurna
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais

Chocolate Ganache

Bahan A
250 ml krim tenusu
40 gm sirap glukos ~ ita lupa nak letak dalam gambar
*sirap glukos ada di jual di kedai jual bahan kek

Bahan B
400 gm coklat masakan gelap
30 gm mentega
1 sudu besar pes hazelnut ~ jika suka


Satukan krim tenusu dan sirap glukos, didihkan sehingga timbul buih-buih kecil di tepi periuk
Coklat masakan gelap di cincang halus
Tuangkan krim panas dalam bekas coklat dan biarkan coklat mencair, gaul rata
Masukkan mentega dan gaul sempurna
Jika inginkan rasa ganache yang lebih enak tambahkan 1 sudu besar pes Hazelnut, jika tiada boleh letakkan Nutella sebagai ganti.
Sejukkan
Masukkan dalam piping bag dan dinginkan dalam peti ais

 Sirap Nescafe

1 sudu besar Nescafe segera
1/4 cawan air suam

Satukan semua bahan dan kacau rata


Kaedah Penyediaan
Kek yang telah sejuk dipotong kepada 4 kepingan 
Letakkan 1 keping kek atas lapik kek
Sapukan sirap Nescafe di atas permukaan kek rata. 
Boleh juga masukkan sirap dalam botol spray dan spraykan atas kek
Ini bertujuan untuk melembabkan kek
Paipkan di tengah-tengah kek secara menyerong, garnache coklat diikuti krim keju moca
Lakukan berselang seli sehingga habis
Letakkan pula sekeping lagi kek dan seperti yang pertama sapukan juga sirap Nescafe.
Kemudian paipkan pula krim keju moca pula di tengah kek secara menyerong
Ulang proses yang sama hingga habis semua lapisan kek
 
 
Kemaskan tepi kek
Simpan sebentar dalam peti ais
Kemudian salutkan atau lempa kek dengan baki krim keju moca pada keseluruhan kek
Simpan semula dalam peti ais hingga krim keju mengeras
Ambil lebihan Garnache dan cairkan dengan kaedah kukusan Double boiler
Alihkan kek atas redai
Alas redai dengan loyang supaya lebihan garnache tumpah ke dalamnya
Tuangkan garnache atas di tengah kek, kemudian di tepi hingga ganache meleleh turun dan menyaluti keseluruhan kek
Sendengkan ke kiri dan ke kanan loyang supaya ia rata
Biarkan sebentar 
 
Alihkan Kek yang telah di letakkan ganache dari redai ke lapik kek semula

Simpan kek dalam peti ais hingga ganache mengeras
Hias kek mengikut kreativiti.
Untuk Black and White Russian Square Cake, seeloknya potong sekeliling kek untuk menampakkan corak sesuai dengan nama yang diberikan padanya.
 
Selamat mencuba ^_^

Apam Snow

Apam Lagi..

Apam snow.. kini menjadi kegilaan ramai katun animasi Frozen.. kadangkala sering menjadi pilihan setiap kanak-kanak untuk mendapatkannya, termasuk anak gadis saya, tapi dia hanya suka si elsa aabila memakai dress berwarna pink..oh dia memang pengemar warna merah jambu hihi..

Corak snow atau salji ini adalah yang pertama saya corakkan, saya suka dengan coraknya dan proses membikin itupun ehemm..sakit tengkuk saya kihkihkih..jadi saya tidak hairan apabila bakers2 homemade yang membikin apam ini mengenakan sedikit bayaran..^_^


Nasi Lemak

Nasi lemak? wah oot dah tajuk saya kan?
kadang-kadang kena buat sedikit perubahan, apalagi nasi lemak ini salah satu makanan kegemaran saya hehe..

Saya sangat suka sambal yang ada sedikit rasa manis dan masam,dantidak berapa pedas sambil dimakan bersama kacang tanah dan minum air soda..wahh nyaman..suka sangat hihi..

Saya kongsikan nasi lemak yang saya buat sendiri, saya saja letak dalam tapau nasi lemak supaya nampak nasi lemak yang dijual hihiihi..

Biarpun saya suka bikin kek, percaya atau tidak saya suka makan makanan warung, ya makanan warung contoh, sate ayam, sayap ayam panggang, burger kecil, keropok lekor sedap makan sambil santai-santai..

Okaylah tak perlu banyak cerita, perut ini seperti nak makan lagi :P




Apam Beras Kelapa Kering

Apam Beras Kelapa Kering

Saya sebenarnya kurang suka makan apam ini, tapi niat saya untuk menimba ilmu dan teringin mempelajari kerana ramai ibu-ibu yang membuat apam ini, untuk yang teringin nak buat boleh google internet ya, saya lupa dimana saya letak catatan resepi ini, inilah akibatnya kalau ingin cepat siap sampai tak tahu mana letaknya catatan resepi.

Seingat saya resepi ini mudah sahaja, sila google untuk resepi ya, jika ada kesempatan saya akan membuat semula apam ini dan menulis resepi.


Kuih Karipap

Kuih Karipap inti daging ayam kampung-kampung saya hihihi..

Jujur biarpun saya ada kemahiran untuk membuat kek, saya masih dalam pembelajaran dalam membuat kuih-muih apalagi kuih muih tradisional.

Jauh disudut hati saya, saya teringin untuk memprlajari membuat kuih muih tradisional, saya akan mula dari sedikit demi sedikit, biarpun bukan untuk sesiapa saya ikhlas mempelajari untuk keluarga makan hihi

Kemahiran sedikit demi sedikit kan ^_^
 


Roti the making..

Minggu ini cuti sekolah anak-anak selama seminggu, di kesempatan ini saya membuat roti lagi, roti untuk anak-anak makan di rumah, anak-anak suka sangat makan roti, saya pun suka membuatnya kerana tepung yang saya guna adalah tepung high protien.

Saya juga suka membikin roti kerana roti boleh di makan duntuk sarapan dan untuk minum petang, salah satu kegemaran saya tentang roti kosong adalah cicah dengan air milo dannn cicah dengan kari ayam nyummm ^_^
 


ini adalah bun/roti sebelum dibakar ( tunggu naik ^_^)


Proses Membakar :P




loook  ^_^ thats my roti hehehe...biar penat menguli yang penting anak-anak suka dan nyummyy ^_^



Sebelum dan selepas dibakar ^_^

Ahad, 15 Mac 2015

Terkini..

Salam Sejahtera..

Maaf untuk mereka yang mencari resepi dan teknik2 membaking, blog saya masih dalam kemas kinian dan masih banyak yang perlu di update, saya harap anda bersabar ya, saya akan kongsi resepi2 sedikit demi sedikit, maklumlah kesibukan dalam melakukan kerja2 rumah dan menyiapkan tempahan2.

Salam Sayang dari saya ^_^

Resepi Famous Amos Choc Chip Cookies

 Resepi Famouse Amos Choc Chip
 
1 cawan gula ( saya kurangkan setengah)
1 cawan gula perang
1 cawan butter @ 225 g
1 cawan minyak sayuran @ minyak masak
1 bj telur (A)
1 sb susu segar/susu penuh krim
4 cawan tepung gandum * ayak bersama
1 sdt garam *
1 sdt cream of tartar *
1 sdt baking soda *
1 sdt vanilla essen
1/2 cawan kacang walnut (panggang sekejap & cincang kasar)
2 cawan choc chips (saya letak 1 cwn)
1 cawan quaker oat - panggang sekejap (saya tambah)
Cara:
Pukul menggunakan mixer, gula, butter, minyak, telur dan essen vanilla hingga kembang
Masukkan bahan bertanda *, kaup balik hingga sebati sahaja. Masukkan pula kacang, coklat chip & quaker oat dan gaul sebati.
Sudukan (sesudu kecil) ke atas pan (jangan di griskan). Bakar selama 8-12 minit pada suhu 170 Celcius (bergantung pada oven masing-masing), saya bakar selama 20 minit pada 170 C.

Kata Semangat

kata-kata semangat mampu membuat kita semakin akan berusaha..

Mungkin tidak bagi sesetengah orang tetapi kata semangat itu mampu memberi perubahan yang baik pada diri saya, saya harap adik2 di luar sana yang pernah gagal dan sedang gagal jangan sesekali putus asa, kita tidak minta untuk gagal tetapi itulah sebenarnya proses hidup.

Gagal bererti kita telah mencuba, jangan gagal hari ini kita putus asa untuk hari esok..Jangan.

Usaha dan terus usaha.

Motivasi untuk diri..
Saya pernah gagal..saya pernah rasa sakitnya itu gagal, tapi dari gagal lah sebenarnya membuat saya semakin berusaha untuk menamba ilmu, tanpa gagal saya tidak mungkin akan menjadi seorang yang tabah.

Semangat okay!!