Sabtu, 29 November 2014

Snow Cheese Cake

Snow cheese Cake Rm10 For Tester



Ingin memulakan perniagaan secara atas talian?

Ingin memulakan perniagaan secara atas talian?

Pada pendapat saya kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan perniagaan atas talian kena ada minat, usaha dan sikap yang tidak akan mengalah, selain itu kita kenalah jujur..yalah nama juga peniaga atas talian kan hihi..

Kita akan berurusan dengan pelbagai sikap dan sifat pelanggan..memang kita akan mendapat pelanggan yang percayakan kita contoh ahli keluarga dan rakan-rakan yang telah kenal kita, dan kita juga akan bersemuka dengan pelbagai karenah pelanggan baru, dan pastinya pelanggan baru ini ada pelbagai karenah, dan jujur saya akui disini ada segelintir pelanggan yang percaya dan ada segelintir yang tidak percaya, sudah lumbah bukan? tak apa sabar sahaja, katakan saja pada mereka jika tidak percaya lebih baik tidak perlu teruskan, pengalaman saya jika mereka tidak percaya sangat susah untuk berurusan, itu pendapat sayalah ^_^

Selain itu, sebagai peniaga atas talian anda kenalah jawab pelbagai pertanyaan, walaupun anda telah jelaskan dan taip di ruangan tempahan, disini pun saya ada pengalaman bersemuka dengan customer yang sering mengingatkan saya perkara yang sama berkali-kali, jujur saya akui sangat rimas tetapi sebagai peniaga perkara yang dibuat adalah mengiyakan sahaja walaupun sudah berkali-kali diperkatakan..fuhh..masih terbayang huhu..but just relakss hihi

Perkongsian yang seterusnya adalah kena rajin update facebook, page atau blog, itupun kalau ada masa free kan, yalah nama juga bakers homemade tambah lagi kena mengurus rumah tangga kan ^_^

Perkara yang penting sebagai Bakers Homemade Mommy ini adalah, tanggungjawab wajib kita, contoh? ok contohnya kena masak untuk suami dan anak-anak, kena menyiapkan kerja-kerja rumah, itulah tujuannya saya memilih homemade baker, tau kenapa? saya dapat melihat perkembangan dan tumbesaran anak-anak depan mata saya, saya dapat berkerja hanya dari rumah, iyalah biarpun ini sekadar untuk mengisi masa lapang saya serius untuk membuat tempahan kawan-kawan hihi, selain itu saya dapat urus masa saya bersama keluarga dan kerja rumah saya.

Saya percaya kebanyakan yang memilih bidang ini adalah memilih patah pepatah Familly First, jujur saya katakan disini walau sesibuk mana pun saya menerima tempahan saya selalu akan memegang prinsip ini, saya minta maaf sekiranya kadang kala saya menolak tempahan kawan-kawan, tapi inilah saya yang sebenar..lebih baik mereka kenal sifat saya kan..supaya contohnya jika saya lambat untuk balas mesej mereka tahu prinsip saya, tidaklah ada yang marah-marah hihi

Mungkin ini baru separuh dari perkongsian..apabila kita telah melaluinya kita juga akan mendapat pengalaman, dari pengalaman itulah yang sebenarnya mengenali dan memahami apa konsep bidang ini yang sebenar.

Sekian.




Isnin, 24 November 2014

Sekadar Luahan Ikhlas

Selamat pagi..

Sekadar luahan ikhlas dari hati saya, sebelum itu saya mohon maaf sekiranya saya menggunakan ayat ringkasan dan mencampurkan bahasa melayu dan bahasa inggeris, inilah cara saya menulis di bliog saya, saya selesa dengan apa yang saya tulis..

Saya jarang menulis di facebook bukan kerana apa cuma saya selesa menulis di blog ^_^
Luahan ikhlas saya ini berkenan dengan nasib kanak-kanak yatim yang bergelendangan, hermm tajuk? ya ini memang lari dari tajuk bakeri saya, walau saya banyak menggogle berkenan gengan bakeri saya juga sering google tentang isu ini, bukan kerana apa cuma hati nurani saya sebagai manusia yang berkeperimanusiaan kadang2 saya sedih melihat golongan ini.

Melihat mereka seperti itu, hidup yang tidak teratur dan menjalani kehidupan yang tidak tentu (maaf jika bahasa kasar) membuka mata saya untuk bersyukur apa yang ada pada saya, kami bukanlah orang kaya, kami juga berkerja keras untuk menjalani kehidupan yang semakin meningkat kos kehidupan, usaha itu yang penting, walau kadang kita tidak dapat apa yang kita targetkan tetapi sebuah pengalaman itulah yang sangat berharga.

Saya pernah terfikir untuk membantu mereka, tetapi mampukah saya? bolehkah saya? wajarkah saya?haruskah saya? perlukah saya? banyak persoalan yang bermain di fikiran saya, terserlah saya masih belum ada kekuatan hati yang kuat untuk membantu, buat masa ini biarlah saya memahami apa erti kehidupan yang sebenar.

**Bersambung**

Catatan

Hai..
Sebarang pertanyaan atau tempahan sila pm facebook/ page facebook atau whatsapp saya
Saya sebenarnya tidak menggalakan untuk anda menelefon saya kerana kadangkala saya tidak tersambut/terangkat call anda.

Saya juga mungkin akan lambat reply tetapi tidak akan lebih dari 24jam untuk mereply
saya harap anda memahami keadaan saya, saya juga ingin mengingatkan kepada sesiapa sahaja, saya tidak menerima tempahan dari customer yang cerewet dan tidak boleh bersabar.. 'minta maaf'.

Saya akan buat yang termampu untuk menyiapkan segala request anda, disini juga saya ingin mengingatkan saya cuma insan biasa yang kadangkala melakukan kesilapan, dan saya tidak menjanjikan kepuasan untuk anda tetapi saya akan buat yang termampu untuk menyiapkan tempahan kek. 

Dari itu sebelum anda membuat tempahan dari saya, pastikan anda benar2 telah percayakan saya, dan yakin pada saya, kerana saya juga tidak akan menerima tempahan dari anda sekiranya anda tidak percayakan saya.

Sekian Salam kasih ^_^

**Saya akan cuba yang terbaik**


Ahad, 23 November 2014

Wedding Cake

Hari ini baru berkesempatan untuk memuat naik gambar-gambar yang tersimpan rapi di folder hihi..
Wedding Cake ini ialah pada 25.October.2014.

Oder dari teman lama dari sekolah, wedding cake untuk kakak dia
Semasa saya menyiapkan kek ini, wah saya sangat happy hihihi..walau penat sekalipun saya memang suka sebab minat saya yang mendalam pembikinan kek.

*3 Tinggkat Kek Kawin
*100Pcs Cupcake
*100Pcs Doorgift

Kami membuat perbincangan sebulan sebelum majlis supaya dapat menyiapkan dengan selesa.
Untuk teman saya dan kakaknya terimah kasih ya kerana mempercayai kebolehan saya
Saya sangat menghargainya ^_^










Cookies Simple Gift

Tart Strawberry Cheese

Sesuai untuk dijadikan gift hari perkhawinan
Jenis kontene yang tahan dan cantik mengikut standard zaman sekarang hihihi..
Boleh tengok2 pic ya..^_^

P/S : Maaf saya menggunakan dan mencampurkan bahasa melayu dan bahasa inggeris






Sikap Jangan Peduli...

Sikap jangan peduli?? hermm macam ada sedikit serius disinikan hehehe...japs ^_^ janganlah fikir negatif, kena fikir yang positif juga..

maksud sikap jangan peduli ini ialah :
Contoh :
Bila ada orang yang meremehkan kerja usahamu.." jangan peduli!!
Bila ada orang yang cuba menjatuhkanmu " jangan peduli!!
Bila ada orang yang bercakap buruk tentang anda "jangan peduli!!
Bila ada orang yang mempertawakan anda " jangan peduli!!!

Hhehehe..inilah sebenarnya maksud jangan peduli saya tu..
Sebenarnya banyak lagi contoh..contoh2 yang cuba untuk melemahkan kita..Jangan peduli Okay!!
yang penting usaha kita yang tidak pernah untuk mengalah..biarkan mereka..

Tapi ingat Yaa...perkara negatif dan positif itu dua perkara yang sangat berbeza..jadi kena faham apa maksud "Jangan peduli" itu hehehe..

Faham ke xfaham?? xfaham xapa ^_^

Sekadar Luahan

Sekadar luahan isi hati si pembuat kek homemade berjualan secara online..hehehe macam serius pula perkataan kan? tapi memang benar kadang2 mungkin ada segelintir customer tidak memahami bagaimana keadaan si pembuat kek, hanya baker2 homemade sahaja yang faham apa yang saya cuba untuk sampaikan..
Si pembuat kek ini bukan kerjanya hanya membuat kekatau membalas segala pm2/whatsapp2/wechat2/viber2 dan segalanya lah kan..

si pembuat kek ini pun ada kerjanya yang tersendiri.
contohnya..mengemas..memasak..mengurus anak-anak..mengurus rumah tangga..dan pelbagai jenis kerja,
ada segelintir mereka yang tidak memahami..pendapat saya jika kita ingin oder sesuatu barang atau apa sahaja..kita kenalah cuba ikut cara mereka berniaga..sepertimana juga kami bakers homemade..jika kami tidak dapat menghantar tempahan ke tempat mereka..mereka janganlah memaksakan..bagi saya, saya tidak pernah memaksa sesiapa untuk mengoder atau membeli di tempat saya..dan saya pun memang tidak suka dipaksa hihihi..faham disinikan. inisiatif lain ialah kan banyak kedai2 bakeri dan perkara yang paling mudah adalah terus membeli di kedai bakeri ^_^


Apapun saya percaya teman2 saya memang memahami semua..semoga tidak akan ada yang memaksa selepas ini hihihi..
Sekadar Luahan :)

Promosi Hari Krismas 2014 ( Cookies / Tart )


Promosi Gempak Hari Krismas Yang Bakal Tiba...
Hai semua kami akan membuat promosi / offer 6jenis (cookies/tart) sempena hari krismas ini, 
Kepada teman-teman dan sesiapa sahaja yang berminat dan merasa cookies/tart keluaran homemade kami ini silahlah pm fb : Affc Affylia Atau Whatsapp : 016-670 3426 untuk tempahan, kami juga ada menyediakan teseter untuk kesemua keluaran kami ini ^_^