Selasa, 17 Mac 2015

Resepi butter cheesecake


Kek Mentega Keju 
  • 170 gm mentega 
  • 125 gm krim keju 
  • 250 gm gula kastor 
  • 5 biji kuning telur 
  • 210 gm tepung serbaguna } -guna tpng gandum pun boleh
  • 1½ camca teh serbuk penaik } diayak 
  • 2 camca teh vanila 
  • 5 biji putih telur 
  • 1/8 camca teh garam 
Cara membuat 
  1. Putar mentega dan krim keju hingga kembang dan pucat warnanya. 
  2. Masukkan sedikit demi sedikit gula, pukul. Ulangi hingga habis. 
  3. Bubuh sebiji demi sebiji kuning telur, putar sebati. 
  4. Masukkan pula tepung, pukul perlahan. Tambah vanila. Ketepikan dulu.
  5. Dalam mangkuk bersih yg lain, pukul putih telur hingga berbuih. 
  6. Masukkan garam, putar lagi. Bila kental, bubuh 1/3 ke dalam adunan tadi. 
  7. Kacau perlahan dan tambah lagi 1/3 bahagian. Ulang hingga habis. Kaedah kaup balik.
  8. Ratakan adunan ke dalam tin empatsegi 22 cm yang dialas kertas kalis minyak dan di sapu mentega.. 
  9. Bakar pada 170 C selama 1 jam atau hingga masak.
  10.  Keluarkan, biar atas redai 10 minit sebelum dikeluarkan dariloyang.
Sumber resepi : Blogger masakan
Maaf saya lupa pemilik resepi apapun terima kasih kerana kongsi resepi kek ini ^_^