Sabtu, 29 November 2014

Ingin memulakan perniagaan secara atas talian?

Ingin memulakan perniagaan secara atas talian?

Pada pendapat saya kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk memulakan perniagaan atas talian kena ada minat, usaha dan sikap yang tidak akan mengalah, selain itu kita kenalah jujur..yalah nama juga peniaga atas talian kan hihi..

Kita akan berurusan dengan pelbagai sikap dan sifat pelanggan..memang kita akan mendapat pelanggan yang percayakan kita contoh ahli keluarga dan rakan-rakan yang telah kenal kita, dan kita juga akan bersemuka dengan pelbagai karenah pelanggan baru, dan pastinya pelanggan baru ini ada pelbagai karenah, dan jujur saya akui disini ada segelintir pelanggan yang percaya dan ada segelintir yang tidak percaya, sudah lumbah bukan? tak apa sabar sahaja, katakan saja pada mereka jika tidak percaya lebih baik tidak perlu teruskan, pengalaman saya jika mereka tidak percaya sangat susah untuk berurusan, itu pendapat sayalah ^_^

Selain itu, sebagai peniaga atas talian anda kenalah jawab pelbagai pertanyaan, walaupun anda telah jelaskan dan taip di ruangan tempahan, disini pun saya ada pengalaman bersemuka dengan customer yang sering mengingatkan saya perkara yang sama berkali-kali, jujur saya akui sangat rimas tetapi sebagai peniaga perkara yang dibuat adalah mengiyakan sahaja walaupun sudah berkali-kali diperkatakan..fuhh..masih terbayang huhu..but just relakss hihi

Perkongsian yang seterusnya adalah kena rajin update facebook, page atau blog, itupun kalau ada masa free kan, yalah nama juga bakers homemade tambah lagi kena mengurus rumah tangga kan ^_^

Perkara yang penting sebagai Bakers Homemade Mommy ini adalah, tanggungjawab wajib kita, contoh? ok contohnya kena masak untuk suami dan anak-anak, kena menyiapkan kerja-kerja rumah, itulah tujuannya saya memilih homemade baker, tau kenapa? saya dapat melihat perkembangan dan tumbesaran anak-anak depan mata saya, saya dapat berkerja hanya dari rumah, iyalah biarpun ini sekadar untuk mengisi masa lapang saya serius untuk membuat tempahan kawan-kawan hihi, selain itu saya dapat urus masa saya bersama keluarga dan kerja rumah saya.

Saya percaya kebanyakan yang memilih bidang ini adalah memilih patah pepatah Familly First, jujur saya katakan disini walau sesibuk mana pun saya menerima tempahan saya selalu akan memegang prinsip ini, saya minta maaf sekiranya kadang kala saya menolak tempahan kawan-kawan, tapi inilah saya yang sebenar..lebih baik mereka kenal sifat saya kan..supaya contohnya jika saya lambat untuk balas mesej mereka tahu prinsip saya, tidaklah ada yang marah-marah hihi

Mungkin ini baru separuh dari perkongsian..apabila kita telah melaluinya kita juga akan mendapat pengalaman, dari pengalaman itulah yang sebenarnya mengenali dan memahami apa konsep bidang ini yang sebenar.

Sekian.