Selamat pagi..
Sekadar luahan ikhlas dari hati saya, sebelum itu saya mohon maaf sekiranya saya menggunakan ayat ringkasan dan mencampurkan bahasa melayu dan bahasa inggeris, inilah cara saya menulis di bliog saya, saya selesa dengan apa yang saya tulis..
Saya jarang menulis di facebook bukan kerana apa cuma saya selesa menulis di blog ^_^
Luahan ikhlas saya ini berkenan dengan nasib kanak-kanak yatim yang bergelendangan, hermm tajuk? ya ini memang lari dari tajuk bakeri saya, walau saya banyak menggogle berkenan gengan bakeri saya juga sering google tentang isu ini, bukan kerana apa cuma hati nurani saya sebagai manusia yang berkeperimanusiaan kadang2 saya sedih melihat golongan ini.
Melihat mereka seperti itu, hidup yang tidak teratur dan menjalani kehidupan yang tidak tentu (maaf jika bahasa kasar) membuka mata saya untuk bersyukur apa yang ada pada saya, kami bukanlah orang kaya, kami juga berkerja keras untuk menjalani kehidupan yang semakin meningkat kos kehidupan, usaha itu yang penting, walau kadang kita tidak dapat apa yang kita targetkan tetapi sebuah pengalaman itulah yang sangat berharga.
Saya pernah terfikir untuk membantu mereka, tetapi mampukah saya? bolehkah saya? wajarkah saya?haruskah saya? perlukah saya? banyak persoalan yang bermain di fikiran saya, terserlah saya masih belum ada kekuatan hati yang kuat untuk membantu, buat masa ini biarlah saya memahami apa erti kehidupan yang sebenar.
**Bersambung**